Sabah tubuh Kerajaan Perpaduan

Iklan
Joachim (kanan) membacakan senarai penuh Kabinet baharu Sabah pada sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Isnin.

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Satu, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mengesahkan kerajaan Sabah yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) sebagai Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, kerajaan kini disertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) belum lagi menganggotai Kabinet kerajaan  Sabah.

"Ya, Kerajaan Perpaduan. Star belum," katanya dalam sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah, Sri Gaya pada Isnin.

Iklan

Terdahulu beliau membacakan senarai penuh Kabinet seperti dilaporkan sebelum ini.

Senarai Kabinet baharu kerajaan Sabah:

Iklan

Timbalan Ketua Menteri Satu merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam

Timbalan Ketua Menteri Dua merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun

Timbalan Ketua Menteri Tiga, Datuk Ewon Benedick, merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Arifin Arif

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Rubin Balang

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Titingan