Isteri maut ditikam suami: Mangsa isteri ketiga, ditikam dengan senjata tajam

Iklan
Mangsa, Mastura Abdullah, 40, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian hadapan dan belakang badan dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi.

TANAH MERAH – Seorang wanita yang maut ditikam suaminya sendiri dalam satu kejadian tragis di Kampung Paku, Gual Ipoh, di sini pada Isnin, merupakan isteri ketiga dan bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor.

Mangsa, Mastura Abdullah, 40, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian hadapan dan belakang badan dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Mastura telah berkahwin dengan suspek berusia 63 tahun itu selama 14 tahun dan pasangan tersebut mempunyai dua orang anak yang kini berusia 10 dan 12 tahun.

Seorang wanita maut ditikam suaminya sendiri dalam satu kejadian tragis di Kampung Paku, Gual Ipoh, di sini.

Iklan

Suspek dipercayai menikam mangsa menggunakan senjata tajam sebelum menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh kira-kira jam 1 petang hari yang sama.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tanah Merah (HTM) untuk proses bedah siasat.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.