Enam penunggang motosikal cedera nahas babitkan sembilan kenderaan

Iklan
Video kemalangan itu yang tular di media sosial, menunjukkan insiden berkenaan melibatkan tiga kereta dan enam motosikal.

ISKANDAR PUTERI - Enam penunggang motosikal cedera dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Kilometer (KM) 44, Lebuhraya Sultan Iskandar di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, video kemalangan itu berdurasi lapan saat yang tular di media sosial, menunjukkan insiden berkenaan melibatkan tiga kereta dan enam motosikal.

Iklan
Iklan

“Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 7.10 petang dan setakat ini polis telah menerima tiga laporan daripada pemandu kereta berusia antara 20 hingga 38 tahun.

“Kemalangan itu mengakibatkan enam penunggang motosikal mengalami kecederaan pada tangan, kaki dan muka. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan,” katanya dalam lkenyataan pada Isnin.

Iklan

Tambah Kumarasan, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan lanjut turut dijalankan termasuk kemungkinan sama ada kesemua penunggang motosikal terbabit sedang melakukan aktiviti merempit ketika kejadian.

Iklan

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322 bagi membantu siasatan.