Polis buru saki-baki suspek serangan wartawan sukan

Iklan
Fadil berkata, polis sedang memburu saki-baki individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol pada 25 November lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu saki-baki individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol pada 25 November lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, walaupun seorang suspek sudah dituduh di mahkamah, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti dan menahan semua yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

"Walaupun suspek telah dituduh, siasatan masih berjalan kerana pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu secara bersama.

"Kita sedang mengesan saki baki individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini, ” katanya ketika ditemui dalam Program Penyerahan Sumbangan Masih Ada Yang Sayang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Iklan

Namun, Fadil enggan mengulas lanjut sama ada polis sudah mengenal pasti suspek lain dalam kes berkenaan.

Pada 25 November lalu, Haresh, yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13, mendakwa beliau diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya, manakala seorang lagi individu merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit.

Iklan