Pasaran saham Malaysia perlukan katalis yang kukuh
Iklan
Pasaran saham Malaysia terus disokong oleh para pelabur tempatan terutamanya para pelabur institusi yang mencatatkan belian bersih sebanyak RM65.0 bilion. Foto hiasan
MELIHAT kepada pasaran saham tempatan, ia dilihat lesu pada tahun ini.
Petunjuk utama seperti Indeks FBM KLCI yang mewakili 30 saham-saham yang berkualiti mencatatkan penurunan sebanyak 2.3 peratus dari awal tahun sehingga Jumaat minggu lalu.