BEIJING - Doktor berjaya mengeluarkan pemetik api dari dalam perut seorang lelaki yang menelan objek itu, kira-kira tiga dekad lalu.
Individu dikenali sebagai Deng dari Chengdu, China itu mendakwa dia melakukan perbuatan itu ketika bertaruh dengan rakannya pada 1991.
Iklan
Iklan
Akibat tindakannya, Deng mula mengalami masalah kesihatan yang serius walaupun keadaannya baik sebelum ini.
Menurut doktor, objek itu terpaksa dikeluarkan menggunakan kondom tanpa perlu menjalani sebarang prosedur pembedahan.
Difahamkan, pemetik api itu ditarik keluar dari mulutnya dan keseluruhan proses itu hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.
"Pemetik api berukuran sepanjang kira-kira tujuh sentimeter diselaputi bahan hitam yang menjijikkan yang mereputkannya.
"Ia masih mempunyai cecair mudah terbakar. Cecair pemetik api apabila bercampur dengan asid perut boleh membahayakan nyawanya kerana perutnya boleh terbakar dari dalam," ujarnya lagi. - Agensi