Polis mohon kesan Nor Adlina

Iklan
Nor Adlina Hassan,16, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya.

KUALA LUMPUR - Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Dalma, Semenyih, Selangor, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof berkata, Nor Adlina Hassan, 16, kali terakhir dilihat di rumahnya kira-kira 8 malam hari berkenaan.

Iklan
Iklan

“Remaja itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat 40 kilogram, berambut lurus hitam dan mempunyai parut di pipi serta kelopak mata kanan.

“Ibu bapa Nor Adlina membuat laporan mengenai kehilangan remaja itu pada 7.40 malam semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nor Adlina tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerusi talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat Inspektor Hafifi Noni 0116-7793860. - Bernama 

 

Iklan