Sultan Johor minta rakyat di Simpang Renggam bertenang

Iklan
Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu penduduk di dua kawasan di Simpang Renggam, Kluang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak tengah malam tadi supaya mematuhi arahan pihak berkuasa.

Sultan Johor mahu penduduk-penduduk kawasan terbabit juga supaya bertenang dan memberi kerjasama penuh kepada petugas-petugas perubatan.

Iklan
Iklan

"Saya amat berharap penduduk-penduduk di dua kawasan yang terbabit bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas perubatan bagi membendung jangkitan koronavirus (Covid-19) daripada menular ke kawasan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: 61 dari Simpang Renggam positif Covid-19, PKPD dilaksana

Iklan

Simpang Renggam trending di Twitter

Penduduk Simpang Renggam diminta bertenang, beri kerjasama

Iklan

"Saya amat menitikberatkan kesihatan anda semua dan sentiasa mendoakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di sini hari ini.

Dua buah kampung di Simpang Renggam iaitu Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid dikenakan PKPD bermula tengah malam tadi susulan terdapat 61 kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, PKPD melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga dan akan berkuat kuasa sehingga 9 April depan.