Tindakan tegas diambil jika hidupkan kembali ajaran GISBH - Exco
Iklan
Mohd Fared
JOHOR BAHRU – Tindakan tegas akan diambil kepada bekas pengikut yang kembali kepada fahaman dan pegangan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) selepas menyertai program taubat dianjurkan kerajaan negeri.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sentiasa bersedia membantu mana-mana individu yang masih terikat dengan amalan atau ajaran yang menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Iklan
Iklan
"Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah menitahkan bahawa pembasmian ajaran sesat mesti dilakukan dengan sekeras-kerasnya.
"Oleh itu, saya ingin menasihatkan mereka yang masih melakukan amalan-amalan yang bersalahan ini supaya segera melapor diri kepada JAINJ untuk kita bantu memurnikan akidah mereka.
Iklan
"Kami tidak selesa jika terpaksa menggunakan kekerasan dan pendakwaan. Kalau itu perlu, saya beri komitmen, kerajaan Johor tidak pernah teragak- agak untuk laksanakannya,” katanya.
Mohd Fared bertanya khabar peserta Program Pemantapan Akidah dan Istitabah di Masjid As'Syifa Bandar Penawar Kota Tinggi.
Iklan
Beliau berkata demikian pada Program Pemantapan Akidah dan Istitabah (taubat) membabitkan 277 bekas ahli GISBH di Masjid As'Syifa Bandar Penawar di sini pada Ahad.
Mohd Fared berkata, dalam tempoh pemuilihan, bekas ahli GISBH yang mengikuti program pemantapan itu diberikan bantuan sara hidup, perniagaan dan persekolahan.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan program seterusnya membabitkan bekas pengikut ajaran sesat seperti Ajaran Ahmadi Religion dan Si Hulk dijangka pada awal tahun depan.
"Begitu juga dengan individu yang dikesan sebelum ini terbabit ritual kuda kepang akan turut menyertai program pemantapan akidah.
"Pendekatan menghimpunkan mereka dipilih berbanding terus menghukum, bagi menanam kesedaran bahawa ajaran Islam yang sebenar berlandaskan prinsip perpaduan umat Islam," katanya.
Mohd Fared menjelaskan usaha membanteras ajaran sesat akan terus dilakukan dengan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Cawangan Khas PDRM.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.