PRN Sabah: Senarai pemimpin, bekas menteri, selebriti yang tewas

Iklan
Dari kiri; Mohamad Alamin, Anifah Aman, Ronald Kiandee dan Yamani Hafez antara nama besar yang tewas dalam PRN Sabah ke-17.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan beberapa individu termasuk bekas menteri, pemimpin parti politik dan selebriti tewas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Berikut senarai mereka yang tewas:

Iklan
Iklan

- Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin (PH) - DUN Tanjung Aru

- Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin (BN) - DUN Bogawan

Iklan

- Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman (PCS) - DUN Sook

- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee (PN) - DUN Sugut

Iklan

- Bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (GRS) - DUN Pintasan

- Penyanyi dan pelakon terkenal Sabah, Abu Bakar Ellah (KDM) - DUN Kuamut

- Presiden Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Priscella Peter - DUN Melalap

- Presiden Parti Impian Sabah (PIS), Michel Alok @ Ilok (PIS) - DUN Telupid

- Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe (DAP) - DUN Likas

- Presiden Parti Rumpun Sabah Datuk Dr Ismail Idris (Rumpun) - DUN Sebatik

- Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (Bebas) - DUN Segama

- Anak kepada Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman, Datuk Yamani Hafez (PH) - DUN Sindumin

- Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (BN) - DUN Usukan

- Naib Presiden Warisan, Terence Siambun (Warisan) - DUN Moyog

PRN Sabah kali ini mempertandingkan 73 kerusi DUN dengan merekodkan sebanyak 596 calon bertanding. - Bernama