Hajiji ke Istana Seri Kinabalu

Iklan
Hajiji ketika ditemui di pekarangan kediaman Ketua Menteri pada awal pagi Ahad.

KOTA KINABALU - Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor dijadualkan ke Istana Seri Kinabalu, pada jam 1.30 pagi Ahad, namun masih belum ada pengesahan sama ada ia berkaitan dengan upacara angkat sumpah.

Beliau ketika ditanya petugas media hanya menyatakan akan mengeluarkan kenyataan media selepas ke Istana Seri Kinabalu.

Iklan
Iklan

"Saya pergi ke istana dulu, baru kita keluarkan kenyataan," katanya ketika ditemui di pekarangan kediaman Ketua Menteri Sri Gaya di sini pada awal pagi Ahad.

Sementara itu, Datuk Isnin Aliasnih, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) yang turut ditemui, mengesahkan mereka akan ke Istana Seri Kinabalu. 

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ketika ditanya adakah GRS sudah cukup jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan, beliau mengakui kurang pasti mengenainya.