Hajiji tiba lengkap berbaju Melayu hitam di Sri Gaya

Iklan
Hajiji ketika tiba di kediaman Sri Gaya, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor tiba di kediaman Sri Gaya, Kota Kinabalu sambil disambut penyokong parti sekitar jam 11.57 malam.

Turut hadir, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun dan Ketua Penerangan GRS dan PBS, Datuk Joniston Bangkuai.

Iklan
Iklan

Hajiji dilihat lengkap memakai baju Melayu serba hitam dan bersongkok manakala Masidi dengan berpakaian sut hitam dan songkok, sementara  Joniston hanya memakai sut.

Ketika ditemui wartawan Sinar Harian, Joniston ditanya mengenai adakah mereka sudah ke Istana Seri Kinabalu untuk proses seterusnya, namun beliau menafikan perkara tersebut.

Iklan

Semasa disambut penyokong, laungan"Rumah Kita, Kita Jaga GRS Menang" turut kedengaran.

 

Iklan