[TIDAK RASMI] Calon Bebas dominasi lima kerusi DUN

Iklan
Lima calon Bebas mendahului di lima kerusi DUN dalam PRN Sabah ke-17.

KOTA KINABALU - Lima calon Bebas mendahului di lima kawasan berbeza walaupun saingan melibatkan gabungan parti besar berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 11 malam.

Kerusi dimaksudkan ialah Bandau, Kukusan, Petagas dan Tulid yang menampilkan empat muka baharu, kecuali satu kawasan iaitu Pintasan yang menyaksikan penyandangnya kembali mencabar.

Iklan
Iklan

Datuk Fairuz Renddan sekali lagi menguasai kerusi DUN Pintasan pada PRN Sabah ke-17 apabila terus mengekalkan kemenangan tanpa mampu dicabar mana-mana pihak.

Kemenangan itu turut menyaksikan tokoh politik berpengaruh, bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) gagal menggugat kedudukan Fairuz, sebagaimana berlaku pada edisi PRN sebelumnya.

Iklan

Ia sekali gus mengesahkan kemenangan kedua berturut-turut Fairuz di Pintasan, selepas turut menewaskan Pandikar pada PRN 2020.

Fairuz merupakan bekas Ketua Pemuda GRS bertindak keluar parti apabila Pandikar Amin dinamakan sebagai calon GRS untuk DUN Pintasan.

Iklan

PRN Sabah ke-17 menyaksikan rekod 74 calon Bebas bertanding di seluruh negeri antara jumlah paling tinggi sejak beberapa pusingan pilihan raya negeri.

Pada PRN Sabah 2020, seramai 56 calon Bebas bertanding dan ketika itu tiga calon menang, itupun dengan majoriti tipis, masing-masing di DUN Kuamut, Pitas dan Kemabong.⁠

Ketika itu, calon Bebas, Datuk Masiung Banah mengekalkan kerusi dengan memperoleh 2,802 undi dan majoriti 978 undi, mengatasi calon daripada beberapa parti seperti Barisan Nasional (BN), UPKO, PCS dan PGRS.

Sebelum ini, beliau menang kerusi yang sama atas tiket BN dengan majoriti lebih besar.

Calon Bebas, Ruddy Awah menang di DUN Pitas dengan 2,918 undi dan majoriti 599 undi, menewaskan calon daripada BN, Warisan Sabah serta beberapa parti kecil lain.

Calon Bebas, Rubin Balang menang 4,214 undi dengan majoriti 1,012 undi, mengatasi calon daripada UPKO, BN, serta parti-parti lain seperti LDP, PCS dan USNO di DUN Kemabong.