Gelombang merah gegar 1 Disember, wang tunai menanti individu bertuah

Iklan
Individu bertuah berpeluang menjadi sebahagian daripada pemenang wang tunai bersempena dengan kempen Suara Rakyat dan wajah baharu Sinar Harian.

SHAH ALAM – Fenomena Gelombang Merah menghangatkan kempen Suara Rakyat sempena wajah baharu Sinar Harian apabila orang ramai berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM10,000 hanya dengan tugasan mudah pada 1 Disember 2025.

Dengan syarat penyertaan yang ringkas dan menyeronokkan, orang ramai hanya perlu memakai baju merah, merakam gambar bersama surat khabar Sinar Harian dan memuat naik ke Instagram atau TikTok masing-masing sahaja.

Iklan
Iklan

Penyertaan mesti dimuat naik dalam mod awam dan disertakan tiga tanda pagar wajib iaitu #SinarHarian #SuaraRakyat #GelombangMerah.

Menariknya, seramai 141 peserta bertuah dan terpilih yang memuat naik gambar akan dipilih sebagai pemenang hadiah wang tunai RM50 setiap seorang.

Iklan

Tidak terhenti di situ, turut disediakan hadiah bonus bagi penyertaan paling menonjol, iaitu tiga kapsyen terbaik (RM150 setiap satu), 10 gambar dengan jumlah like terbanyak (RM150 setiap satu) dan lima gambar dengan komen terbanyak (RM200 setiap satu).

Penyertaan dibuka sepanjang hari 1 Disember 2025 bermula jam 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam dan keputusan penuh akan diumumkan pada 3 Disember 2025.

Iklan

Untuk orang ramai yang berada di sekitar Lembah Klang berpeluang bertemu dengan pasukan Sinar Harian di lapan lokasi pada 1 Disember 2025.

Individu bertuah yang datang awal turut berpeluang mendapat nasi lemak bersempena kempen tersebut.

Selain surat khabar, Sinar Harian turut boleh diakses melalui portal Sinar Harian dan beberapa media sosial seperti Facebook, X, YouTube, Instagram dan Tik Tok.