[TIDAK RASMI] Anak Tun Musa, Jamawi calon PH mendahului DUN Sindumin, Melalap

Iklan
Yamani Hafez (kiri) dan Jamawi.

KOTA KINABALU - Dua calon Pakatan Harapan (PH) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing berjaya mendahului kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan Melalap dalam keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

Datuk Yamani Hafez yang juga anak kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman mendahului undi dalam pertandingan 10 penjuru di Sindumin manakala Datuk Jamawi Jaafar menewaskan tujuh lagi pesaingnya di Melalap.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, seorang lagi anak Tun Musa, Hazem Mubarak berjaya mendahului kerusi DUN Sungai Manila yang ditandinginya atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).