[TIDAK RASMI] PRN Sabah: Mohamad Alamin kalahkan Anifah Aman di Bongawan

Iklan
Mohamad Alamin

KOTA KINABALU – Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu.

Menurut keputusan tidak rasmi setakat jam 8 malam, calon Barisan Nasional (BN) itu mengalahkan persaingan sembilan penjuru di DUN tersebut yang mempunyai sejumlah 24,019 pemilih berdaftar.

Iklan
Iklan

Mohamad Alamin berdepan cabaran sengit daripada beberapa calon 'heavyweight' termasuk bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman yang bertanding mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pertembungan bagi kerusi DUN Bongawan turut melibatkan Dr Daud Yusof dari Parti Warisan (Warisan), Dolores Michael (Parti Solidariti Tanah Airku - STAR), Ridzuan Firdaus (Perikatan Nasional), Royston Adven (Parti Impian Sabah), Md Haris Md Tahir (Bebas), Peter Matinjal (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat - KDM) dan Hussin Dasar (Parti Perpaduan Rakyat Sabah).

Iklan

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, yang juga calon BN, memenangi kerusi di DUN Sook dalam PRN Sabah.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu menewaskan lima pencabar lain termasuk calon GRS, Datuk Ellron Angin; Ireneus Pagut @ Jreneus Pagut (STAR); Joseph Peter Tinggi (Warisan); dan V Chong Vin @ Siau Ho (Parti Impian Sabah – PIS).

Iklan