[TIDAK RASMI] Aliakbar sumbang kerusi PN pertama di Karambunai

Iklan
Aliakbar Gulasan

KOTA KINABALU– Saingan sengit bagi kerusi panas Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas, Datuk Dr Aliakbar Gulasan mendahului dalam keputusan tidak rasmi setakat ini.

Timbalan PN Sabah itu meraih 92 undi memberi kelebihan awal berbanding calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Arshad Idris yang memperoleh 63 undi setakat ini.

Iklan
Iklan

Calon Warisan, Ahmad Jais Otong pula mengutip 47 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Yaakubah Khan yang sebelum ini pernah mewakili kawasan tersebut menerima 26 undi.

Tiga calon lain masing-masing mencatat satu undi, iaitu Azman Fathil (GAS), Adis Jalie (PIS) dan Ajis @ Hates Abdul (SPP), manakala, empat lagi calon iaitu Mohd Yunus Ibrahim (PBK), Matkri Kassim (PKS), Stephen Teo (STARSabah) serta Raynold Saikam Salinggou (Perpaduan) masih belum memperoleh sebarang undi.

Iklan
Iklan

DUN Karambunai menyaksikan pertembungan 11 penjuru mempunyai 39,247 pengundi berdaftar, dengan 231 undi direkodkan setakat laporan ini dikeluarkan.