KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan sekali gus menumbangkan penyandang daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Jannie Lasimbang.
Dalam keputusan tidak rasmi setakat jam 7.40 malam, calon Warisan, Chin Tek Ming, mendahului dalam saingan 12 penjuru bagi kerusi berkenaan.
Sementara itu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menambah satu lagi kerusi melalui kemenangan calon mereka, Syed Ahmad Syed, di DUN Balung yang menyaksikan pertembungan 11 penjuru.