PRN Sabah: Semua 882 pusat undi ditutup 5.30 petang

Iklan
Petugas SPR membawa peti undi keluar dari Pulau Sepanggar menggunakan bot di Sabah Parks Jetty untuk dibawa ke pusat penjumlahan undi. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang Sabtu.

Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas dibuka tepat 7.30 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Lebih 1.74 juta pengundi biasa layak menunaikan hak mereka pada Sabtu bagi memilih wakil rakyat masing-masing, bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 60.94 peratus atau 1,062,114 orang telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang.

Iklan

SPR menjangkakan keputusan awal pengundian dapat diumumkan sekitar 10 malam ini.

Ketika ini, proses pengiraan kertas undi dari pusat-pusat yang ditutup awal sedang dijalankan.

Iklan

Untuk berita-berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php. - Bernama