Legenda sepak takraw, Rosli Abd Rahman meninggal dunia

Iklan
Rosli Abd Rahman menghembuskan nafas terakhir di ibu negara malam tadi.

JURULATIH pasukan sepak takraw Kuala Lumpur Thunder (KL Thunder), Rosli Abd Rahman, menghembuskan nafas terakhir di ibu negara malam tadi.

Allahyarham yang juga bekas pemain dan jurulatih skuad kebangsaan, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang.

Iklan
Iklan

Sepanjang bersama KL Thunder, Rosli dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Liga Sepak Takraw (STL) 2024 dan memainkan peranan penting menggilap bakat pemain kebangsaan, antaranya Syahir Rosdi dan Azlan Alias. - Awani