Malaysia berisiko hadapi ribut tropika lebih kuat
Iklan
Tinjauan susulan fenomena Ribut Tropika Senyar pada Jumaat mendapati keadaan semasa di sekitar pantai peranginan di Pantai Telok Gong, Alor Gajah masih lagi dalam keadaan terkawal dengan cuaca mendung, angin bertiup sederhana dan hujan renyai. - Foto: Bernama - Gambar kecil ( Jing Xiang)
SHAH ALAM - Kejadian Ribut Tropika Senyar yang melanda Malaysia memberi isyarat bahawa negara tidak terlepas daripada risiko yang lebih kuat pada masa depan.
Penyelidik Meteorologi dan Klimatologi, Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Chung Jing Xiang berkata, ia memandangkan negara juga sedang berdepan dengan ancaman perubahan iklim.