City mula muak dengan Guardiola?

Iklan
Guardiola memarahi jurukamera selepas City tewas kepada Newcastle United dalam aksi EPL baru-baru ini. - Foto: Agensi

MANCHESTER City dilaporkan sedang merancang masa depan tanpa ketua jurulatih, Pep Guardiola dan telah mengenal pasti pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany sebagai sasaran utama pengganti.

Guardiola dianggap antara pengurus terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya merevolusikan pasukan dan membawa City ke tahap baharu.

Iklan
Iklan

Beliau membantu kelab menjuarai EPL selama empat musim berturut-turut serta memenangi Liga Juara-Juara (UCL) pertama mereka.

Namun, 18 bulan terakhir di Etihad mencatatkan cabaran besar buat pengurus Sepanyol itu.

Iklan

Prestasi City merosot musim lalu apabila tersingkir daripada perebutan gelaran sebelum tahun baharu, disusuli penyusunan semula besar-besaran skuad sepanjang beberapa jendela perpindahan.

Kelab itu merupakan antara pembelanja terbesar di Eropah, manakala Guardiola mengekalkan kontrak baharu sehingga 2027 pada penghujung 2024 bagi menangkis spekulasi keluar.

Iklan

Musim ini, kelemahan pasukan mula terserlah apabila terlalu bergantung kepada Erling Haaland termasuk kekalahan berturut-turut kepada Newcastle United dan Bayer Leverkusen.

Situasi ini menimbulkan spekulasi bahawa Guardiola mungkin meninggalkan kelab sebelum kontraknya tamat.

Menurut laporan Fichajes, City dikatakan “bosan dengan Guardiola” disebabkan tiga faktor utama iaitu kemerosotan prestasi pasukan, suasana tegang dalam kelab dan tekanan luar.

Wartawan bola sepal terkemuka, Dean Jones pula menegaskan 2027 adalah tarikh paling realistik Guardiola meninggalkan kelab.

“City memantau prestasi Kompany dalam perlawanan besar dan gaya permainan beliau.

“Mereka yakin dengan kemajuan beliau dan berharap Kompany akan terbuka untuk menyertai kelab apabila Guardiola meninggalkan kelab,” ujar Jones.