KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran berkaitan Lekukan Tropika yang bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan dua kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 50km ke tenggara Kemaman, Terengganu.
Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu boleh mencatat kelajuan angin maksimum 56km/j.
Kenyataan itu memaklumkan keadaan tersebut boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. - Bernama