KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka kemungkinan berlaku kesan terhadap peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok susulan keadaan cuaca yang diramal hujan dan buruk pada sebelah petang.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, cuaca yang tidak menentu berpotensi menjejaskan kehadiran pengundi, namun pihaknya hanya akan menunda atau menangguhkan proses pengundian sekiranya berlaku keadaan terlalu serius seperti banjir besar, tanah runtuh atau kawasan terputus hubungan.
"Kita jangka mungkin ada sedikit kesan terhadap peratusan keluar mengundi kerana cuaca. Kita memang mengharapkan selama mungkin boleh keluar… kalau berdasarkan pengundi awal, peratusan keluar pengundi lebih daripada 92 peratus.
"Tapi dengan cuaca begini, kita harapkan lebih 60 peratus akan keluar pengundi, itu berdasarkan kepada pilihan raya ke-16 yang lepas," katanya dalam sidang akhbar semasa membuat tinjauan semakan Isi Peti Undi di Dewan Seri Sulaman di sini pada Jumaat.
Ditanya mengenai jangkaan pengumuman keputusan, Ramlan berkata SPR menyasarkan keputusan awal dapat diketahui sekitar jam 10 malam, manakala keputusan penuh bergantung kepada keadaan cuaca.
"Kita menjangkakan dalam sekitar pukul 10 malam mungkin ada keputusan pertama boleh keluar, insya-ALLAH," katanya.
"Kita tak dapat menjangkakan tempoh yang sesuai dalam keadaan cuaca ini. Tapi kita cuba boleh selesaikan pada tengah malam. Dalam sekitar pukul 12 malam kita boleh dapat satu keputusan," katanya.
Bercakap mengenai persiapan logistik, SPR menyediakan perkhidmatan helikopter bagi membawa kertas undi dan dokumen pengundian di kawasan pedalaman dan pulau.
"Kita menyediakan dalam konteks pilihan raya Sabah ini, bagi tujuan untuk mengangkut kertas-kertas atau mengangkut dokumen daripada pusat-pusat mengundi yang berada di pulau dan sebagainya. Kita ada perkhidmatan helikopter.
"Jadi kita ada 85 kawasan yang akan menggunakan helikopter. Kawasan-kawasan lain akan dihubungi oleh kenderaan pacuan empat roda, bot dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di laman sesawang MetMalaysia mendapati ramalan cuaca menunjukkan kemungkinan berlaku ribut petir di kebanyakan kawasan pedalaman pada esok petang.
"Kita menjangkakan dalam sekitar pukul 10 malam mungkin ada keputusan pertama boleh keluar, insya-ALLAH," katanya.
Bagaimanapun, tempoh untuk mendapatkan keputusan keputusan penuh bergantung kepada keadaan cuaca semasa hari pengundian berlangsung.
"Kita tak dapat menjangkakan tempoh yang sesuai dalam keadaan cuaca ini. Tapi kita cuba boleh selesaikan pada tengah malam. Dalam sekitar pukul 12 malam kita boleh dapat satu keputusan," katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di laman sesawang MetMalaysia mendapati ramalan cuaca akan berlaku ribut petir di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman pada esok petang.