Tayar pecah, 'stering terkunci' punca treler rempuh kereta

Iklan
Keadaan treler yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - foto IPD Kluang

KLUANG – Seorang lelaki parah apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di kilometer (km) 56.9 Lebuhraya Utara-Selatan, pada tengah hari Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian dipercayai berlaku pada jam 12 melibatkan kereta jenis Honda Civic dengan treler jenis Volvo.

Iklan
Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila tayar hadapan sebelah kanan treler tersebut pecah secara tiba-tiba hingga menyebabkan stering terkunci.

Tangkap layar mengenai kemalangan berkenaan yang dimuat naik di laman TikTok.

Iklan

“Akibat kehilangan kawalan, treler tersebut bergerak masuk ke lorong kanan dan menghimpit serta melanggar kereta mangsa sebelum melanggar besi penghadang jalan.

"Keadaan itu menyebabkan pemandu kereta mengalami kecederaan serius pada bahagian leher dan patah kaki kanan serta dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi menerima rawatan," katanya.

Iklan

Tambah Bahrin, mangsa kini berada dalam pemantauan pihak hospital sementara pemandu treler, berusia 48 tahun tidak mengalami kecederaan.

Malah katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya juga didapati negatif.

"Akibat kemalangan itu, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk, terutama pada bahagian hadapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pengguna jalan raya juga diingatkan agar memastikan keadaan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik bagi mengurangkan risiko kemalangan," katanya.