Pasukan penyelamat berdepan ugutan, tembakan ketika bantu mangsa banjir di Hatyai

Iklan
Tular video pasukan penyelamat berdepan ancaman apabila mangsa banjir melepaskan tembakan ke udara di Hat Yai. Foto: Agensi

HATYAI – Beberapa pasukan penyelamat dilaporkan berhadapan situasi cemas menerima ancaman dan tembakan ketika membantu mangsa banjir di wilayah Songkhla itu.

Menurut laporan The Thaiger pada Khamis, kejadian itu berlaku di 'Area 8' yang dilaporkan antara kawasan yang terjejas teruk hingga penduduk terputus bekalan makanan dan air bersih.

Iklan
Iklan

Pasukan penyelamat dari seluruh Thailand telah dikerahkan ke Selatan negara itu bagi membantu usaha menyelamat di wilayah Songkhla namun, berdepan cabaran di lapangan.

Pasukan penyelamat dari seluruh Thailand dikerah membantu ribuan mangsa banjir di selatan negara itu. Foto: Agensi

Iklan

Ketegangan awal berlaku pada Selasa apabila seorang sukarelawan dari Surat Thani mendakwa seorang lelaki tidak dikenali bertindak melepaskan tiga das tembakan ke udara untuk menakutkannya.

Namun, insiden lebih serius dilaporkan pada malam Rabu apabila Yayasan Penyelamat San Kampaeng dari Chiang Mai terpaksa membatalkan operasi selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan lebih 20 tembakan ke arah bot mereka.

Iklan

Insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kematian.

Banjir yang melanda sejak Isnin telah menenggelamkan 10 wilayah selatan termasuk Surat Thani, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat