Sabah berani berubah
Iklan
Menurut Saifuddin, kali ini jelas bahawa rakyat Sabah berani bersuara untuk mengubah nasib mereka serta nasib anak cucu mereka. Foto: Bernama
ESOK rakyat Sabah akan membuat pilihan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Apa yang saya saksikan ialah dari sehari ke sehari, dari seminggu ke seminggu dan dari sebulan ke sebulan, rakyat Sabah menunjukkan dinamika dan kematangan politik yang luar biasa.
Kali ini, jelas bahawa rakyat Sabah berani bersuara untuk mengubah nasib mereka serta nasib anak cucu mereka.