PRN paling sukar diramal
Iklan
Sabah bakal melakar sejarah baharu politiknya apabila lebih setengah juta pengundi muda dan kali pertama muncul sebagai blok penentu dalam PRN ke-17 Sabtu ini. Gambar kecil dari kiri: Mohammad Tawfik dan Syahruddin Awang. Foto: Bernama
SABAH bakal melakar sejarah baharu politiknya apabila lebih setengah juta pengundi muda dan kali pertama muncul sebagai blok penentu dalam PRN ke-17 Sabtu ini, sekali gus mencorakkan keputusan yang sukar diramal dan semakin panas di lapangan.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, isu tempatan seperti pembangunan luar bandar serta masa depan, kebajikan dan kepentingan anak muda menjadi pertimbangan utama bagi pengundi baru kali pertama.