Wanita maut, lelaki parah dalam serangan ikan yu di utara Sydney

Iklan
Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah dalam serangan ikan yu kira-kira 280 kilometer di utara Sydney - Foto: AFP

SYDNEY - Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah dalam serangan ikan yu kira-kira 280 kilometer di utara Sydney, menurut Polis New South Wales (NSW) pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kedua-dua mangsa, dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dibantu orang ramai selepas diserang awal pagi Khamis di Crowdy Bay, kawasan pesisir NSW Mid North Coast, menurut polis dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lelaki berkenaan mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke Hospital John Hunter, menurut kenyataan itu.

Pantai terbabit ditutup dan pakar sedang mengenal pasti spesies yu yang terlibat, kata polis.

Iklan

Menurut Pangkalan Data Insiden Serangan Yu Australia, sebanyak tiga serangan maut dilaporkan pada separuh pertama tahun 2025.

Pada September, seorang peluncur turut maut dipercayai akibat serangan ikan yu di perairan berhampiran Sydney. - Bernama

Iklan