Kemabong perlu anjakan besar dalam infrastruktur – Rahmah

Iklan
Bersama jentera akar umbi N43 Kemabong.

KEMABONG - Terletak jauh di pedalaman Sabah, Kemabong menjadi nadi kehidupan kepada masyarakat luar bandar yang bergantung kepada hasil pertanian, kemudahan asas dan akses pendidikan baik untuk meneruskan kehidupan seharian.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 ini, calon Barisan Nasional (BN) N43 Kemabong, Datuk Rahmah Jan Sulaiman tampil dengan agenda yang digerakkan oleh suara penduduk kampung sendiri bermula daripada jalan kampung sehinggalah peluang pendidikan dan ekonomi luar bandar.

Iklan
Iklan

Bercakap kepada Sinar Harian, Rahmah berkata, beliau mengangkat tujuh agenda dalam menifesto yang ditawarkan kepada lebih 23,000 penduduk Kemabong termasuklah jalan raya untuk menjamin akses ke segenap perkampungan daerah kecil itu.

“Jalan raya yang dimaksudkan di sini bukanlah jalan besar tetapi ia merupakan jalan kampung yang perlu dinaiktaraf untuk memudahkan orang kampung mengeluarkan hasil kebun dan pertanian mereka,” katanya.

Iklan

Tegas beliau, kemudahan jalan raya merupakan isu yang paling dekat dengan rakyat Kemabong yang selama ini menghadapi kesukaran dalam melaksankan rutin harian.

“Banyak laluan kampung kini hanya diselenggara oleh penduduk sendiri. Selama ini mereka menghadapi kesukaran kerana jalan tidak diselenggara dengan baik, ada tempat yang langsung tidak dibersihkan, cuma orang kampung bersusah payah,” jelas Rahmah yang berikrar membaik pulih kemudahan itu dalam tempoh enam bulan sekiranya diberi mandat.

Iklan

Rahmah (kiri) mendengar luahan penduduk Kemabong.

“Di setiap kampung, jarak rumah mereka daripada kebun sekarang ini sekitar satu hingga dua kilometer (km) sahaja,” katanya.

Selain jalan raya, isu kemudahan asas lain turut menjadi rungutan penduduk. Calon BN itu mengakui bahawa beberapa kampung di Kemabong masih bergelut dengan kekurangan dewan, bekalan elektrik yang tidak stabil dan masalah air bersih.

“Air dan elektrik di sini memang teruk dewan yang sangat terhad untuk kegunaan penduduk Kemabong ini,” katanya.

Rahmah turut memberi perhatian kepada keperluan internet yang semakin mendesak bagi tujuan ekonomi dan pembelajaran.

“Saya juga mahu Kemabong melahirkan lebih ramai murid cemerlang untuk dijadikan pelapis negara di masa depan,” ujarnya.

Kemabong diangkat sebagai daerah Menurut Rahmah, pendekatan pendidikan di Kemabong juga perlu diperluaskan secara menyeluruh agar pelajar dan guru diberi sokongan lebih kukuh.

“Semua orang tahu bahawa saya amat menitik beratkan dan menyumbang ke arah pendidikan,” katanya.

Mengulas mengenai ekonomi luar bandar, beliau berkata, harga getah yang rendah dan kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai terpaksa bergelut dengan kehidupan.

Rahmah menghadiri Program Anambului Kampung Batu 8 dan Sinusut.

“Terutamanya orang kampung, ekonomi sangat tidak baik untuk mereka, jadi agak sukar di sini,” katanya. Dalam pada itu, Rahmah percaya bahawa usaha mengangkat Kemabong sebagai daerah penuh akan membuka banyak peluang sekali gus manfaatnya dinikmati penduduk setempat.

“Kalau daerah penuh, macam-macam fasiliti yang kita dapat. Penduduk perlukan polis, hospital dan klinik kesihatan yang baik.

“Mereka juga memerlukan bank untuk melaksanakan urusan kewangan kerana ketika ini, penduduk terpaksa berulang alik ke Tenom atau Keningau untuk urusan perbankan. Ketika ditanya bagaimana memastikan setiap isi rumah benar-benar merasai perubahan, beliau berikrar akan terus berusaha demi rakyat Kemabong.

“Saya berusaha untuk rakyat saya. Dengan adanya kerajaan yang stabil, saya boleh memastikan mereka dapat (manifesto),” katanya.

Rahmah menegaskan kestabilan politik merupakan syarat penting agar pelaksanaan projek dapat berjalan tanpa gangguan.

“Mereka perlu mengundi BN untuk kestabilan dan saya boleh pastikan cuma BN sahaja boleh berikan,” katanya.

RAHMAH

Rahmah Jan Sulaiman

DUN / Kawasan: N43 Kemabong

Media Sosial: · Facebook: Rahmah Jan Sulaiman

· TikTok: Rahmah Jan Sulaiman

Pendidikan

· Rendah: Sekolah Kebangsaan Sempurna

· Menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim Kudat

· Universiti / Kolej: Open Universiti - Diploma in Management (Sekarang)

Pengalaman Politik

· Ketua Wanita UMNO Tenom

· Mantan Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

· Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah (2008-2018)

Kerjaya & Pengalaman

· Ahli Perniagaan

· 2019 - Female Entrepreneur Icon, Women Summit 2019

· 2021 - Outstanding Female Entrepreneur Awam JHEOA (Sabah Government)

· 2016-2018 - Sabah International Dairies

Slogan / Hashtag:

#DemiRakyatDemiSabah

 

ADVERTORIAL