DUN tergantung di Sabah
Iklan
Kerajaan campuran senang berhayat pendek kerana parti-parti dalamnya saling tidak mempercayai malah mungkin saling mendengki antara satu sama lain. Gambar hiasan
DUN tergantung akan menjadi hakiki pada lewat malam 29 November jika tiada gabungan atau parti memenangi majoriti mudah, 37 kerusi daripada kesemua 73 kerusi.
Secara realistiknya, cuma tiga pihak yang berpotensi: Warisan (menandingi kesemua 73 kerusi), GRS (55) dan BN (45). Pun begitu, ini hampir munasabah kecuali berlaku ribut taufan gergasi yang mencuci muka bumi politik Sabah.