Jangan kecilkan hati kita
Iklan
Ketahuilah bahawa hati kita mempunyai kapasiti besar untuk berkembang, menyembuhkan dan menjadi sumber kekuatan. Gambar hiasan
KITA selalu diajar dan diingatkan agar tidak mengecilkan hati orang lain. Bagi tujuan tersebut, kita diajar agar berhemah dan berhikmah dalam apa juga urusan dengan sesiapa sahaja.
Kita juga diajar agar jangan mudah berkecil hati sekiranya mereka mengecilkan hati kita. Bagi merealisasikannya, kita diminta bersabar, jangan berburuk sangka dan perlu pandang ke hadapan agar tidak berkecil hati. Semudah itukah kita menjaga hati orang lain dan menjaga hati kita?