Integriti teras kemajuan negara
Iklan
Apabila pemimpin bebas rasuah, negara menjadi stabil dan pelabur yakin melabur. Foto hiasan
KEMAJUAN negara tidak hanya diukur melalui bangunan megah, teknologi canggih atau angka KDNK. Asas kemajuan sebenar bermula daripada nilai yang dipegang oleh masyarakat iaitu integriti.
Tanpa integriti, dasar pembangunan tidak akan berkesan, kepercayaan rakyat akan runtuh dan sistem tadbir urus menjadi rapuh. Islam sendiri menekankan amanah sebagai asas kehidupan bermasyarakat.