Guna pasport palsu, pelancong dakwa lepas pemeriksaan di lapangan terbang

Iklan
Tangkap layar pelancong yang mendakwa dibenarkan menaiki pesawat walaupun beliau dakwa guna pasport palsu.

SHAH ALAM – Seorang individu mendakwa berjaya melepasi pemeriksaan dokumen perjalanan menggunakan pasport palsu ketika mahu menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan Malaysia.

Individu menggunakan nama @usa_warm98 di akaun TikTok memuatnaik video yang memaparkan dirinya melalui kaunter pemeriksaan tanpa sebarang halangan, sebelum mendedahkan bahawa dokumen yang dipegang sebenarnya tidak sah.

Iklan
Iklan

Video yang berdurasi tiga minit 34 saat itu kini tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa pegawai membuat pemeriksaan pasport seperti biasa, namun individu tersebut tetap dilepaskan.

Iklan

Dalam video berkenaan, pelancong tersebut turut meluahkan rasa terkejut kerana tidak dikenakan sekatan walaupun pasport miliknya bukan yang asli.

Dalam video berlainan, seorang wanita mendakwa, sangat mudah untuk memasuki negara Malaysia kerana tidak mempunyai pemeriksaan yang ketat daripada pihak imigresen.

Iklan

Beliau yang mendakwa pertama kali melawat Malaysia hairan apabila pihak imigresen tidak mengimbas pasportnya, malah dokumen tersebut juga tidak menerima sebarang cop kemasukan.

Sinar Harian kini sedang mendapatkan maklum balas daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menjawab dakwaan video tersebut.