Info staf hospital Muar positif Covid-19 tular tidak benar
Iklan
KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan beberapa maklumat palsu yang tersebar mengaitkan tiga buah hospital termasuk kakitangan Hospital Pakar Sultan Fatimah (HPSF), Muar disahkan positif koronavirus (Covid-19).
Melalui kenyataan media dikeluarkan Pasukan Respon Pantas kementerian tersebut, HSPF menafikan dakwaan tular mengaitkan stafnya dijangkiti wabak berkenaan.