Kelantan peneraju patuh syariah dalam sukan
Iklan
Wan Roslan (tiga, kanan) hadir ketika Penyerahan MSN Kelantan kepada kerajaan negeri serta Penyerahan Tugas Pengerusi Majlis Sukan Negeri dan Majlis Jasamu Dikenang di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU - Kelantan akan menjadi peneraju dalam perubahan ke arah pematuhan syariah Islam dalam konteks sukan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, ia melibatkan dasar kerajaan negeri berhubung pematuhan menutup aurat membabitkan atlet.
Iklan
Iklan
Menurutnya, atlet akan diberi panduan untuk mengikut skop yang ditetapkan termasuklah dalam sukan renang.
"Ia bukan paksaan tetapi sekarang kita berada dalam fasa menonjolkan kelebihan pakaian menutup aurat dalam sukan, yang mana lama-kelamaan ia akan diterima secara keseluruhan.
Iklan
"Kita juga merangka seminar kaedah pematuhan syariah di kalangan atlet yang turut disertai golongan pakar,” katanya.
Wan Roslan berkata, dakwaan pakaian menutup aurat akan memberi ketidakselesaan kepada atlet sekaligus menjejaskan pungutan pingat adalah tidak benar.
Iklan
Sebaliknya beliau berkata, ia terbukti apabila ramai atlet menutup aurat berjaya merangkul emas ketika Sukan Sukma lalu.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Terengganu mengenakan syarat pakaian patuh syariah terhadap atlet di negeri itu.
Ia susulan tindakan Terengganu memperkenalkan konsep pemakaian patuh syariah, tahun ini.
Wan Roslan berkata demikian selepas Penyerahan Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan kepada kerajaan negeri serta Penyerahan Tugas Pengerusi Majlis Sukan Negeri dan Majlis Jasamu Dikenang di Kota Bharu, semalam.
Wan Roslan berkata, Ahli Lembaga Pengarah akan dilantik dengan segera selaras dengan perancangan strategi MSN sebelum kejohanan sukan akan datang.
Kata beliau, antara penambahbaikan yang akan dijalankan melibatkan kerjasama kerajaan negeri, MSN persatuan dan atlet.
Berbekalkan kerjasama itu katanya, ia bakal menjadi formula untuk menghasilkan kejayaan sekaligus meningkatkan profesional sukan negeri ke peringkat lebih tinggi.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.