Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang jajahan terbaharu dilanda banjir

Iklan
Tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang menjadi kawasan terbaru di Kelantan yang ditenggelami banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak malam tadi, berikut adalah tangkap layar siaran langsung TikTok oleh penduduk di sekitar negeri ini pada pagi Rabu.

KOTA BHARU - Tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang menjadi kawasan terbaharu di negeri ini yang ditenggelami banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Seramai 113 mangsa dari 35 keluarga sudah berada di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) mengikut laporan InfoBencanaJKM setakat jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

"Daripada jumlah itu seramai 56 mangsa sudah mendapatkan perlindungan di enam buah PPS, Tanah Merah (54) dan Gua Musang (3)," katanya.

Antara rumah penduduk yang terjejas akibat banjir.

Iklan

Menurut InfoBencanaJKM, jumlah keseluruhan mangsa di Kelantan setakat ini seramai 9,625 orang.

Katanya, kesemua mereka sedang berlindung di 52 PPS.

Iklan

Seramai 113 mangsa dari 35 keluarga sudah berada di sembilan PPS.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.17 meter berbanding normal 5 meter.

Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Sungai Galas di Gua Musang melepasi paras amaran.