Mi segera pun dah makin mengecil
Iklan
Di kampus mi segera macam makanan rasmi tak bergelar.
DALAM kesibukan dengan tugas harian, baru-baru ini saya sempat melepak bersama rakan-rakan lama seuniversiti. Biasalah, bila jumpa geng lama, topik yang dibualkan bukan main luas.
Daripada politik, ekonomi, isu semasa sehinggalah berlabuh kepada cerita ringan yang penuh gelak tawa. Masing-masing mungkin sudah penat dengan ‘meeting serius’ di tempat kerja, jadi itu sajalah masa terbaik untuk merehatkan otak.