Tak boleh letak jumlah tetap
Iklan
Jumlah nafkah perlu dilihat berdasarkan beberapa faktor antaranya usia, kesihatan, lokasi, ubat-ubatan serta keperluan rawatan harian. Gambar kecil dari kiri: Natipah, Muhamad Hisham
SHAH ALAM – Pindaan undang-undang yang mewajibkan anak menanggung nafkah ibu bapa uzur dilihat selaras dengan tanggungjawab moral, tuntutan agama serta keperluan sosial negara menuju status negara tua.
Namun, jumlah nafkah tidak wajar ditetapkan secara tetap kerana kemampuan setiap anak berbeza dan keperluan warga emas pula tidak seragam.