Anak lelaki atau perempuan, sama-sama bertanggungjawab - Mufti
Iklan
Berbakti kepada ibu bapa diletakkan pada kedudukan amat tinggi. Gambar kecil dari kiri: Mohd Sukki, Mohd Shukri
SHAH ALAM – Hukum memberi nafkah kepada ibu bapa adalah wajib ke atas anak-anak yang mampu dan ia lebih utama daripada nafkah ke atas kerabat lain, terutamanya apabila ibu bapa berada dalam keadaan uzur atau fakir.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, menanggung ibu bapa uzur bukan sekadar tanggungjawab moral, tetapi kewajipan syarak yang wajib dilunaskan.