Reformasi institusi demi ketelusan
Iklan
Malaysia tidak boleh lagi menangguhkan pelaksanaan RUU Pendanaan Politik. Gambar kecil: Nordin
MALAYSIA kini berada pada titik penting memperkukuh demokrasi serta menegakkan integriti politik negara. Menyedari keperluan ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri sedang menggerakkan siri sesi libat urus awam di seluruh negara untuk mengumpul pandangan terhadap draf Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik yang dijangka dibentang di Parlimen tahun hadapan.
Inisiatif ini perlu disambut dengan sokongan masyarakat, ahli Parlimen dan semua parti politik kerana ia menandakan langkah reformasi institusi yang kritikal untuk membina sistem politik beretika, telus dan bebas daripada pengaruh kewangan sempit.