Kisah burung besi

Iklan
Kapal terbang sekarang ada yang macam hotel tujuh bintang.

KEBELAKANGAN ini perjalanan saya banyak menggunakan kapal terbang. Tentu ada yang pernah berjasa. Saintis Andalusia Abbas ibn Firnas (810–887 M), tokoh yang namanya selalu muncul bila kita bercerita tentang sejarah penerbangan, pernah bereksperimen dengan menutup tubuhnya dengan bulu burung dan melekatkan dua sayap pada lengannya. Menurut catatan penyair istana Cordoba abad ke-9, Mu’min ibn Said, Ibn Firnas sebenarnya berjaya juga terbang agak jauh sebelum mendarat dan cedera.

Pada abad ke-11 pula, seorang sami bernama Eilmer dari Malmesbury memasang sayap pada tangan dan kakinya sebelum terbang seketika. Percubaan itu berakhir dengan kedua-dua kakinya patah. Tidak ada catatan menunjukkan giginya ikut patah ataupun tidak.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.