SAM kecam serangan ke atas wartawan sukan

Iklan
SAM tidak mahu ahli-ahli SAM bekerja dalam ketakutan dan trauma

Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengecam serangan ke atas wartawan sukan dan juga ahli SAM, Haresh Deol yang berlaku petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Haresh diserang dua individu tidak dikenali manakala seorang lagi merakam insiden itu.

Iklan
Iklan

Haresh mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran selain motif serangan terhadap Haresh masih tidak diketahui.

Presiden SAM, Ismadi Abdul Manap memohon siasatan segera terhadap serangan yang berlaku.

Iklan

"Serangan ke atas mana-mana wartawan adalah satu tindakan ekstrem yang tidak boleh dibiarkan, SAM tidak mahu ahli-ahli SAM bekerja dalam ketakutan dan trauma berikutan serangan seumpama ini," kata Ismadi.

Haresh yang juga pengasas portal media TwentyTwo13 melakukan perbincangan bersama beberapa rakan, sebelum diserang ketika bersendirian menuju ke keretanya.

Iklan