Tindakan diambil jika tiada lesen, ubah suai motosikal ketika main air - Polis Kelantan

Iklan
Mohd Yusoff (dua dari kiri) menyantuni penghuni di PPS SK Kok Keli, Tumpat pada Selasa.

TUMPAT - Individu yang mengubah suai dan menunggang motosikal tanpa lesen semasa bermain air banjir akan berdepan tindakan tegas daripada pihak polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, bermain air banjir tidak mendatangkan kesalahan bagaimanapun jika motosikal yang digunakan semasa berbuat demikian diubah suai serta tidak mempunyai lesen memandu akan dikenakan tindakan.

Iklan
Iklan

"Ada yang merempit dalam air sehingga mengubah suai ekzos menjadi lebih tinggi untuk meredah banjir.

"Nasihat saya, boleh buat untuk kemudahan menyelamat tetapi bukan menyusahkan pengguna jalan raya lain. Ia boleh diambil tindakan atas kesalahan ubah suai," katanya semasa sidang akbar pada Selasa.

Iklan

Sebelum itu beliau meluangkan masa turun padang ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Keli di sini.

Ujar Mohd Yusoff, pihak polis sentiasa membuat rondaan di kawasan laluan yang ditenggelami air dan sering dikunjungi orang awam untuk berpesta.

Iklan

Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan sesuka hati di bahu jalan kerana ia boleh mengganggu anggota keselamatan melakukan kerja-kerja menyelamat.

"Kita nasihatkan pindahkan segera kenderaan yang diletakkan di bahu jalan di kawasan tinggi, susun semula kenderaan dalam keadaan yang tidak mengganggu lalu lintas,"katanya.