Mangsa banjir dinasihatkan jaga ibadah, aurat semasa di PPS

Iklan
Mohd Asri (kiri) bertanyakan khabar kepada penghuni PPS di kawasan DUN Demit yang terjejas banjir pada Selasa. Foto UPKN

KOTA BHARU – Mangsa banjir dinasihatkan agar sentiasa menjaga ibadah dan aurat sepanjang berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, mereka juga diharap saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

"Harapan saya agar semua mangsa dapat menjaga ibadah dengan sempurna, menutup aurat dan sentiasa berdoa agar ALLAH kurniakan rahmatNYA,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Sebelum itu beliau turun padang ke tiga PPS di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit iaitu Sekolah Kebangsaan SK) Mentera, 123 mangsa, Dewan Masjid at-Taqwa Pulau (87) dan SK Kubang Kerian 2 (198).

Iklan

Menurut Mohd Asri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, diharap keselamatan dan keperluan mangsa banjir sepanjang berada di PPS terjamin.

 

Iklan