Jemaah haji Perak terima RM1,000 seorang

Iklan
Saarani (dua dari kiri) bersama Pegawai Kewangan Negeri Perak, Mohd Zaki Mahyudin (tiga, kiri) bergambar sebelum menyampaikan ucapan Pembentangan Belanjawan Perak 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Selasa. - Foto Bernama

IPOH - Jemaah haji di Perak menerima bantuan khas RM1,000 seorang bagi persiapan menunaikan ibadat haji musim 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif pertama kali diperkenalkan itu melibatkan peruntukan RM3 juta untuk diagihkan kepada kira-kira 3,000 bakal jemaah haji negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bantuan tersebut merupakan penghargaan kerajaan negeri terhadap kesungguhan rakyat Perak melaksanakan Rukun Islam kelima, selain membantu sokongan kewangan kepada mereka.

"Warkah belanjawan ini juga membawa khabar gembira kepada bakal jemaah haji di negeri ini.

Iklan

"Buat julung kalinya, kerajaan negeri memperuntukkan RM1,000 seorang kepada kira-kira 3,000 jemaah yang bakal menunaikan haji tahun hadapan," katanya ketika membentangkan Belanjawan Perak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Selasa.

kerajaan negeri memperuntukkan RM1,000 seorang kepada kira-kira 3,000 jemaah yang bakal menunaikan haji tahun hadapan," katanya ketika membentangkan Belanjawan Perak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mendedahkan, sebanyak 50 peratus jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan Rukun Islam kelima tahun ini, menolak tawaran berkenaan.

Faktor penolakan tawaran itu dikenal pasti berpunca daripada masalah kewangan dihadapi jemaah terbabit.

Berdasarkan rekod sama juga, 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji (TH) memiliki simpanan kurang daripada RM1,300 iaitu belum layak untuk menunaikan haji kerana tidak mencukupi bagi menampung keperluan ibadah berkenaan.