Mangsa banjir di 10 negeri meningkat kepada 18,782 orang

Iklan
Tangkap layar dapatan setakat 10.55 pagi Selasa dikemaskini dalam Info Bencana JKM.

SHAH ALAM - Seramai 18,782 mangsa banjir di 10 negeri ditempatkan di 128 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat kemaskini jam 11.02 pagi Selasa.

Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 10 negeri yang terkesan ialah Selangor, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Jumlah mangsa banjir tertinggi direkodkan di Kelantan iaitu seramai 9,853 mangsa dari 3,605 keluarga melibatkan empat daerah di Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

40 PPS telah dibuka sejak Jumaat lalu menempatkan 3,022 lelaki dewasa, 3,163 perempuan dewasa, 1,722 kanak-kanak lelaki, 1,609 kanak-kanak perempuan, 167 bayi lelaki dan 170 bayi perempuan.

Iklan

"Di Selangor, sebanyak 19 PPS dibuka di lima daerah antaranya Kuala Selangor, Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Sabak Bernam.

"Jumlah mangsa terjejas seramai 2,720 orang terdiri daripada 747 keluarga. Mangsa yang paling ramai ialah di PPS Kuala Selangor (1,081 orang). Kesemua dapatan ini diperoleh sejak PPS mula dibuka Ahad lalu.

Iklan

"Perlis pula mencatatkan seramai 1,324 mangsa daripada 439 keluarga. Sebanyak 13 PPS dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Kangar, Padang Besar dan Arau," jelas statistik info bencana itu.

Sementara itu, Kedah mencatatkan seramai 1,658 mangsa daripada 577 keluarga, membabitkan 16 PPS di tiga daerah seperti Kubang Pasu, Sik dan Kulim.

Perak turut merekodkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu seramai 2,805 orang daripada 886 penduduk ditempatkan di 32 PPS di enam daerah.

"Di Pulau Pinang, tiga PPS dibuka di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, menempatkan 297 orang dari 78 keluarga.

"Terengganu, Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing hanya dibuka satu PPS dalam satu daerah, manakala Pahang membuka dua PPS di Raub serta Lipis.

"Bagi jumlah mangsa di Terengganu (68), Sarawak (32), Pahang (23) dan Kuala Lumpur (2)," ujar statistik berkenaan.