Masalah perparitan punca lokasi baharu dilanda banjir
Iklan
Beberapa kawasan yang jarang atau tidak pernah dinaiki air turut terjejas seperti di sebahagian kawasan di Tumpat, Kota Bharu dan Bachok. Gambar kecil: Mohd Farid
KOTA BHARU - Masalah perparitan dipercayai menjadi punca kepada beberapa kawasan perumahan serta penempatan penduduk dilanda banjir ekoran hujan lebat yang melanda negeri ini sejak Sabtu.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak berkata, ini menjadi punca banjir gelombang pertama turut melibatkan beberapa kawasan yang sebelum ini jarang atau tidak pernah dinaiki air seperti di sebahagian kawasan di Tumpat, Kota Bharu dan Bachok.