Penunjuk perasaan Thailand jadikan Malaysia 'kambing hitam'
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa Malaysia campur tangan dalam ketegangan diplomatik baru-baru ini antara Thailand dengan Kemboja,
SHAH ALAM - Tuduhan bahawa Malaysia campur tangan dalam urusan Thailand berhubung pertikaian sempadannya dengan Kemboja disifatkan sebagai usaha mencari ‘kambing hitam’.
Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, tuduhan sekumpulan penunjuk perasaan itu tidak berasas susulan negara ini hanya berperanan sebagai memudah cara dialog ke arah penyelesaian lebih baik.