Bah memburuk jika monsun bertembung La Nina, air pasang besar
Iklan
Keadaan di kawasan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu. Foto Bernama
PUTRAJAYA – Risiko banjir yang lebih buruk boleh berlaku sekiranya musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini berlaku serentak dengan fenomena La Nina dan air pasang besar.
Pakar alam sekitar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Haliza Abdul Rahman berkata, unjuran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut menunjukkan potensi La Nina berada pada tahap tinggi, sekali gus mencetuskan hujan ekstrem dan berpanjangan sepanjang musim monsun.